Jan 27, 2011

Pilihan Kita.

Zaman dahulu.

Aku percaya majoriti ibubapa pernah mengalami kesusahan hidup suatu ketika dahulu.
Dek kerana itu,anak-anak diberi segala yang mampu untuk kebaikan mereka.Ibubapa mana yang tak nak anaknya hidup senang?

Zaman sekarang.

Anak-anak hidup senang sehingga apa yang dihajatkan pasti dikabulkan oleh ibubapa mereka yang pernah merasa susah suatu masa dahulu.

Apa yang ingin aku timbulkan disini ialah persoalan tentang zaman dan keadaan.

Tidak aku nafikan zaman dahulu memang ramai yang hidup dalam keadaan yang susah.Sukar digambarkan kerana aku sendiri tak merasa keadaan yang dikatakan seperti "kais pagi makan pagi kais petang makan petang".

Namun begitu,ada juga situasi yang berbeza.

Zaman dahulu.

Ibubapa memberikan segalanya kepada anak-anak kerana mereka hidup senang dan tidak mahu anak-anak mereka hidup susah.Kesannya, apa yang dihajatkan pasti dikabulkan.

Zaman sekarang.

Anak-anak yang dahulunya hidup senang kini tidak lagi hidup dikayangan.Segalanya lesap kerana tersalah langkah.Segalanya telah di'labur'kan suatu masa dahulu.Segalanya salah kerana mereka dapat semua yang mereka impikan suatu masa dahulu.Sayang.Mereka leka.Tidak tahu meng'urus'kan sebaiknya.

Mungkin alasan 'zaman' itu hanya semata-mata alasan.Mungkin juga ianya roda hidup.

"Aku tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum melainkan kaum tersebut mengubah nasib mereka sendiri" -Surah Ar-Ra'd ayat 11.

Pilihan kita.

1 comment:

Mrs Caspian said...

ibu bapa hanya mahu yang terbaik untuk anak2.terpulang kpd mereka bagaimana utk menghargainya sama ada melalui perbuatan atau lisan..mungkin kita terlalu muda utk memahaminya..betul,,pilihan kita penentu apa yang bakal berlaku esok..:)

nice~