Jun 16, 2010

Senario Masyarakat Kita.

Kesempatan untuk tinggal beberapa hari di negara 'polis dunia' telah menyedarkan aku tentang perbezaan budaya di negara kita dan juga mereka.Bukannya aku hendak membangga-banggakan cara hidup mereka tetapi aku kagum kerana budaya mereka merupakan salah satu budaya yang dianjurkan oleh 'islam' dan harus dipuji sedangkan masyarakat di negara kita yang boleh dikatakan majoritinya 'islam' pun tidak semua mengamalkannya.Satu tanda tanya.

Ketika aku dan beberapa orang rakan berada di dalam lif hotel,muncul pula seorang lelaki tempatan di pintu lif menegur kami sambil tersenyum sebelum masuk ke dalam lif. Aku kaget. Tidak pula aku kenal lelaki ini. Aku juga pasti perkara yang sama sedang bermain di fikiran rakan-rakan yang lain. Mungkin sekadar budi bahasa. Tanggapan aku, "Ah,mungkin dia peramah". Namun tanggapan tersebut ternyata meleset apabila aku masuk ke kedai-kedai dan juga terserempak dengan beberapa orang lain.Hey what's up man,How are you doing,Hey,Anything that i can help you? serta beberapa lagi ayat yang lain untuk tujuan yang sama. Bertegur sapa atau boleh diklasifikasikan sebagai berbudi bahasa.

Kenapa kita gagal untuk melakukan perkara yang sama terhadap saudara-saudara se'islam' kita di negara ini apatah lagi bangsa-bangsa lain sedangkan islam menganjurkan kita memberi salam kepada orang lain. Adakah disebabkan ego? malu? atau memang kita tidak pernah diajar untuk berkelakuan sedemikian?

Masih ingat lagi difikiranku tentang cerita yang diberitahu oleh mama tentang jiranku yang baru pulang dari negara 'polis dunia' tersebut setelah beberapa tahun menetap di sana. Jiranku ke kedai runcit dan pada ketika itu seorang perempuan yang sedang mengandung diragut oleh seorang penunggang motosikal. Terlantarlah seorang bakal ibu di situ keseorangan tanpa apa-apa bantuan pun dari orang sekeliling yang hanya memerhati. Tanpa membuang masa,jiranku terus berlari ke arah perempuan tersebut sambil menjerit ke arah orang ramai yang hanya mampu 'memerhati' dari tadi untuk turut memberikan bantuan. Jiranku pelik dengan sikap masyarakat malaysia umumnya yang seolah-olah tidak bertindak secara langsung apabila perkara-perkara seperti tadi terjadi.

Kenapa masyarakat kita lebih 'pakar' memerhati daripada membantu?tak percaya?anda boleh lihat apabila berlaku kemalangan jalan raya,pasti berlaku kesesakan trafik walhal semua nya disebabkan oleh kadar kelajuan kereta yang diperlahankan untuk 'memerhati' daripada membantu. Mungkin juga bantuan diberikan tetapi keutamaan diberikan dahulu kepada pemerhatian. Lambat.

p/s:tahniah kepada mereka yang terkecuali.

Jun 10, 2010

Tersungkur.

Bangun.
Dan terus berlari.

Homework.

All the way...

Jun 5, 2010

Atas Dasar Apa...

Penat aku bertanyakan pada diriku tentang beberapa perkara.Persoalannya kenapa?kenapa?dan terus kenapa?

Ketika ada golongan yang bersungguh-sungguh berusaha bagi menaikkan nama sesebuah institusi,ada pula yang mengutuk dan menjatuhkan golongan tersebut dengan menyatakan kelemahan-kelemahan golongan tersebut.
KENAPA?

Disaat golongan yang disebutkan tadi berjaya,semua mendapat nama termasuklah individu-individu yang tidak menyokong tadi bahkan individu-individu tersebut cuba mengaut semua kelebihan dan keuntungan yang diperoleh oleh golongan yang berusaha tadi.
KENAPA?

Persoalannya:-
1)kenapa perlu menjatuhkan sedangkan sedar bahawa semua akan mendapat faedah?
2)kenapa perlu mengambil kesempatan atas kejayaan org lain sedangkan tidak menyokong sepenuhnya pada mulanya?

yang paling menjadi tanda tanya adalah kedua-duanya melayu.Kenapa perlu saling menjatuhkan?salahkah kalau menyokong kejayaan yang bakal ditempa oleh bangsa sendiri?

renungan.