Dec 25, 2009

Jumaat

Tadi aku ke masjid untuk menunaikan kewajipan aku sebagai seorang muslim. Apa yang menarik perhatian aku adalah cara khatib masjid tersebut berkhutbah. Cukup bersemangat.

Telah menjadi suatu norma kalau pergi masjid dan dengar khutbah jumaat mesti mengantuk. Aku juga mula mengorak langkah. Tiba-tiba aku terjaga dari lamunan tidur, bukan kerana aku dikejutkan mahupun digerakkan tetapi aku berasa terpukul dengan khutbah yang disampaikan oleh khatib tersebut.

Ada ketika perang, seorang sahabat telah menyampaikan kata-katanya kepada sahabat-sahabat Rasulullah yang lain yang pada ketika itu muka Rasullah sedang berdarah dan giginya telah patah akibat perang.

"Aku takut ketika di akhirat kelak, Allah bertanyakan kepada aku. Apakah alasan engkau jika Rasulullah mati sedangkan engkau masih hidup". Itu adalah zaman dahulu. Ketika perang.

Tetapi."Apakah alasan kita jika Rasulullah dikutuk, dihina, dicaci seperti zaman sekarang sedangkan kita tidak berbuat apa-apa".


Berhenti sejenak dan berfikir.

Dec 20, 2009

Terkejar-kejar.

ke Singapura.
ada emergency.

Dec 11, 2009

Mereka kata.

Mereka kata "target mesti tinggi, Apa barang 3.70-3.90. Target 4.00 la, kalau tak sampai pun mungkin dalam 3.80.3-90". Tapi itu kata mereka, atas kebolehan diri mereka. Dan ada juga yang kata "kalau kau target rendah, nanti kau tak berusaha sungguh-sungguh nak dapat tinggi". Tapi itu kata mereka.

Kata aku pula "target biar relevan. sesuai dengan kebolehan diri". Aku tak kata yang 4.00 mustahil tetapi agak jarang kita melihat seseorang itu berubah dengan drastik.Begitu juga dengan pencapaian nya. Kiranya jika seseorang itu dapat 3.00 tetapi dia percaya yang dia mampu dapat 3.80, jadi target 3.80. Jangan target 4.00. Takut diri berasa mustahil untuk mencapainya dan terus tidak berusaha.

Bagi aku, apa pun yang aku usahakan adalah untuk kebaikan diri aku. Aku rasa tiada sesiapa pun yang tak nak masa depannya cerah.

Cuma, masing-masing ada cara mereka sendiri.

P/S: satu hari nanti, aku juga akan sasarkan 4.00

Dec 10, 2009

Kelas Tambahan 1

addmaths.
selesai sudah.
chemistry.
esok.10.00 pagi.
p/s : harap-harap aku bangun.

Dec 9, 2009

Kelas Tambahan.

physics.chemistry.addmaths.
bermula esok.
p/s: harap perkhidmatan tuan "yang terbaik".

Dec 5, 2009

Bali

menarik, cantik
dan
sangat mahal.

p/s 1 : banyak crocs.
p/s 2 : babi. 4 jenis - guling,kicap,bibit,rusa.

Nov 28, 2009

Semester

Semester kedua aku di Jasin telah berlalu. Keputusan pun dah sampai.

Semester lepas.

3.66

Masih banyak lagi yang perlu aku perbaiki dan masih banyak lagi yang aku perlu ubah untuk merealisasikan matlamat aku. Tetapi aku masih bersyukur sebab ada peningkatan. [0.09 jadi la]
Tidak sia-sia usaha aku. Semester pertama yang lalu ada tiga orang manusia jenis alien, 4.00. Jadah. Semester kedua ? Harap-harap bertambah. Begitu juga dengan mereka yang sipi-sipi.

Sekarang aku hanya menunggu untuk semester ketiga aku bermula. Keputusan pun aku harap meningkat.

Kerja rumah ?

Hampeh


SPM. Aku dah tak sabar.

Oct 9, 2009

Changes

Something happened and i've made up my mind...

things that i want to achieve:-

  • get more than 3.70 in my final exam semester 2
  • send a card to aunt muhaya
  • get straight A's in my SPM
  • make TGB the top school in malaysia
  • be a doctor by 2017
things that i must do:-

  • always remember Allah
  • change the way i study and attitude
  • always think positive which leads to positive actions
  • sacrifice my time [just for a month]
  • work harder
  • dont ever give up
  • tighten the bond between my batch
  • bring my batch along with me to strive for infinite excellence

InsyaAllah.

- I create my own destiny and I believe in my dreams -