Jan 29, 2011

Kerana Kau #1

Ahmad (memang nama sebenar) merupakan seorang pelajar maahad di sebuah negeri yang terkenal dengan pegangan agama yang kuat sehinggakan panggung wayang pun tiada.Lagha katanya.Dia telah berpindah ke negeri tersebut kerana seluruh ahli keluarganya telah berpindah ke sana ketika beliau masih di tingkatan 3 kecuali kakaknya yang masih tinggal di Kuala Lumpur kerana melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di sini.
xxx
Ahmad telah pulang ke Kuala Lumpur dengan satu matlamat.Beliau ingin menyaksikan perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Selangor.Usahanya tidak sia-sia.Minyak keretanya berbaloi dek jarak perjalanan jauh.Semangat yang dibawa selaku penyokong negeri darul naim itu memang memuaskan.Kelantan menang 2-0.Sedikit sebanyak mengubati kedukaan di hati akibat peristiwa sehari sebelum perlawanan bermula.
xxx

Ahmad mempunyai seorang rakan perempuan yang tinggal di Kuala Lumpur.Siti (bukan nama sebenar) telah lama mengajak Ahmad untuk keluar bersama.Kawan katanya.Tidak lebih dari itu.

"Ahmad,jomlah kita keluar.Tengok wayang ke".

Ahmad yang agak keberatan dengan pelawaan tersebut menanyakan Siti tentang soal keizinan daripada ibu untuk keluar bersamanya.

"Mama bagi ke?".
"Mama bagi punya," jawab Siti dengan penuh yakin.

Jumaat 28/1/2011.

Ahmad yang masih lagi was-was dengan jawapan Siti tempoh hari kini telah berada di hadapan panggung wayang.Awal-awal pagi lagi dah siap untuk membeli tiket wayang.Takut habis.

"Siti,jadi tak ni?" tanya Ahmad ketika menelefon Siti.

"Haa,okay jadi" balas Siti.Pendek.

"Baru bangun tidur agaknya," bisik hati kecil Ahmad.

Ahmad yang pada ketika itu membawa hanya RM36 menyangkakan tiket wayang hanya berkos rm 11 satu.Namun begitu,tekaan Ahmad meleset.Tiket wayang 'The Green Hornet' berkos rm 18 satu.

"Ahh,beli je lah dah dia cakap okay tadi," kata Ahmad.Bulat hati.Dia sedar dia tidak mempunyai wang untuk balik.

1 comment:

Mrs Caspian said...

and then??????to be continued ke???