Aug 26, 2012

Hilang

Gelap,resah,sunyi,sepi,
terlalu risaukan yang tidak pasti,
terlupa pada siapa aku harus mengharap,
kerana kadang-kadang aku juga hilang.

Bukan aku tak tahu ke mana harus aku tuju,
bukan aku tak mahu ke arah Mu,
bukan aku tak mampu,
tapi dek kerana nafsu yang sentiasa menipu,
aku tertipu,
aku kalah,
aku hilang.

Aku tertanya,
apakah diterima setiap kali taubat yang ku pinta,
benar ini urusan antara aku denganNya,
tapi aku terpaksa juga bertanya,
masihkah adakah ruang untuk taubat ku diterima,
bukan taubat yang pertama mahupun kelima,
tapi entah yang ke berapa kali,
dosa masih juga diulang,

mungkin kadang-kadang aku terlupa,
bahawa aku ini hamba dan bukannya Pencipta !

Tuhan,
kekalkan aku di jalan Mu,
segarkanlah ingatanku tentang Mu,
teringin aku menangis mengingatiMu,
menangis mengingati dosa-dosa lalu.

Tuhan,
izinkanlah aku menangis.
berilah aku kekuatan untuk terus istiqamah.
ingatkanlah aku bahawa mujahadah itu pahit kerana syurga itu indah.

Tuhan,
Jangan biarkan aku hanyut,
Jangan biarkan aku hilang.



notakaki : Alhamdulillah,aku bersyukur kerana masih ada teman yang tidak berputus asa menunjukkan jalan meskipun berkali-kali aku sesat di lorong gelap yang sama.