Jul 1, 2010

Hari ini.

Tersentak hati aku bila tengok orang yang berbicara tentang masyarakat melayu menangis. Mungkin satu isu yang agak sensitif. Masih teringat lagi satu kisah ketika aku berada di tingkatan 4. Aku terlambat untuk pergi ke kelas persediaan. Pada ketika itu,datang seorang lelaki yang memarahi aku dan rakan-rakan yang lain padahal pada ketika itu aku sudah bergerak menuju ke kelas prep sedangkan rakan-rakan yang lain masih nyenyak dibuai mimpi di dorm."Macam ini ke anak-anak melayu!Amanah MARA, Amanah Melayu".Sungguh perit jika difikirkan kembali walaupun pada ketika itu aku sungguh jahil. Tiada sekelumat pun di hati ini perasaan sedih atau menyesal.Masih segar diingatan hingga ke hari ini.

Pada hari ini,dapat dilihat satu senario dimana kita mempersoalkan hak keistimewaan orang melayu yang semakin terhakis. Lebih jelas jika kita lihat dari sudut pemberian biasiswa dari kerajaan. 55% masih lagi tinggal daripada 100% yang pernah kita miliki satu masa dahulu. Pernah aku bertanya kepada rakan-rakan tentang perasaan mereka apabila perkara seperti ini berlaku. Marah. Adakah wajar kita untuk mempersoalkan tentang perkara tersebut sedangkan kita tidak pernah bersyukur ataupun berusaha lebih gigih untuk menyambar peluang tersebut? Adakah adil jika kita mempersoalkan faedah yang diperoleh oleh kaum yang memegang dan memajukan ekonomi negara sedangkan kita melakukan perkara yang sebaliknya? Dimanakah cermin?

Masih terngiang-ngiang di telinga apabila aku menonton 'trailer' filem Gadoh. Masyarakat Melayu marah dan mengutuk orang Cina kerana mereka merupakan 'pendatang' di negara ini dan tidak layak untuk mendapat keistimewaan seperti orang Melayu ataupun konsep sama rata. Orang Cina pula mengutuk orang Melayu kerana mereka mensia-siakan peluang yang diidam-idamkan oleh orang Cina. Mereka terpaksa mengeluarkan duit yang lebih hanya untuk melanjutkan pelajaran berbanding orang Melayu yang tidak perlu mengeluarkan duit yang banyak untuk belajar di universiti tempatan mahupun luar negara.

Pernyataan tersebut cukup untuk kita bezakan tentang pendapat siapa yang lebih matang.

Sedarlah Melayu!

Noktah.