Dec 25, 2009

Jumaat

Tadi aku ke masjid untuk menunaikan kewajipan aku sebagai seorang muslim. Apa yang menarik perhatian aku adalah cara khatib masjid tersebut berkhutbah. Cukup bersemangat.

Telah menjadi suatu norma kalau pergi masjid dan dengar khutbah jumaat mesti mengantuk. Aku juga mula mengorak langkah. Tiba-tiba aku terjaga dari lamunan tidur, bukan kerana aku dikejutkan mahupun digerakkan tetapi aku berasa terpukul dengan khutbah yang disampaikan oleh khatib tersebut.

Ada ketika perang, seorang sahabat telah menyampaikan kata-katanya kepada sahabat-sahabat Rasulullah yang lain yang pada ketika itu muka Rasullah sedang berdarah dan giginya telah patah akibat perang.

"Aku takut ketika di akhirat kelak, Allah bertanyakan kepada aku. Apakah alasan engkau jika Rasulullah mati sedangkan engkau masih hidup". Itu adalah zaman dahulu. Ketika perang.

Tetapi."Apakah alasan kita jika Rasulullah dikutuk, dihina, dicaci seperti zaman sekarang sedangkan kita tidak berbuat apa-apa".


Berhenti sejenak dan berfikir.

Dec 20, 2009

Terkejar-kejar.

ke Singapura.
ada emergency.

Dec 11, 2009

Mereka kata.

Mereka kata "target mesti tinggi, Apa barang 3.70-3.90. Target 4.00 la, kalau tak sampai pun mungkin dalam 3.80.3-90". Tapi itu kata mereka, atas kebolehan diri mereka. Dan ada juga yang kata "kalau kau target rendah, nanti kau tak berusaha sungguh-sungguh nak dapat tinggi". Tapi itu kata mereka.

Kata aku pula "target biar relevan. sesuai dengan kebolehan diri". Aku tak kata yang 4.00 mustahil tetapi agak jarang kita melihat seseorang itu berubah dengan drastik.Begitu juga dengan pencapaian nya. Kiranya jika seseorang itu dapat 3.00 tetapi dia percaya yang dia mampu dapat 3.80, jadi target 3.80. Jangan target 4.00. Takut diri berasa mustahil untuk mencapainya dan terus tidak berusaha.

Bagi aku, apa pun yang aku usahakan adalah untuk kebaikan diri aku. Aku rasa tiada sesiapa pun yang tak nak masa depannya cerah.

Cuma, masing-masing ada cara mereka sendiri.

P/S: satu hari nanti, aku juga akan sasarkan 4.00

Dec 10, 2009

Kelas Tambahan 1

addmaths.
selesai sudah.
chemistry.
esok.10.00 pagi.
p/s : harap-harap aku bangun.

Dec 9, 2009

Kelas Tambahan.

physics.chemistry.addmaths.
bermula esok.
p/s: harap perkhidmatan tuan "yang terbaik".

Dec 5, 2009

Bali

menarik, cantik
dan
sangat mahal.

p/s 1 : banyak crocs.
p/s 2 : babi. 4 jenis - guling,kicap,bibit,rusa.