Apr 26, 2011

1Malaysia.

Selama ini aku sedar, telah banyak yang kerajaan lakukan demi rakyat.Benar.Aku tak nafikan.Jauh sesekali mempertikaikan.
Cuma kali ini perbicaraan aku adalah tentang satu projek kerajaan yang entah aku tak tahu wajar atau tidak.Aku tidak mengatakan ini hanyalah pendapat aku semata-mata.Kali ini aku dah selidik.Terpampang di hampir semua laman sesawang.

E-mail 1Malaysia = Kami bantah.

Ketika rancangan untuk membuat e-mail 1Malaysia itu diwarwarkan,tak perlu tunggu lama.Ramai dah bangkang.Padahal belum diterangkan lagi tujuan email tersebut.

Buktinya?
Wujudnya page yang mempertikaikan projek e-mail 1Malaysia di Facebook.
Lebih 100 000 like berdasarkan update pada minggu lepas.
Memang hebat.
Belum masuk blog-blog lagi.

Menurut PM,"Projek e-mail 1Malaysia dilakukan untuk membolehkan perhubungan langsung dan selamat antara pihak kerajaan dan rakyat.Selain itu,melalui projek ini juga pembayaran bil boleh dilakukan.Warga Malaysia atas 18 tahun akan diberikan akaun ini".
Bagus Malaysia.Maju.Ada e-mail sendiri.
Memang hebat.

xxx

"Projek e-mail 1Malaysia juga menelan kos RM 50 juta".
Bang!Bang!Bang!Dah mula norma masyarakat Malaysia yang prihatin.

"RM 50 juta?Membazir!".

"RM 50 juta?Lebih baik tolong rakyat yang miskin".

"RM50 juta?Duit rakyat?"

"RM 50 juta?Babi".

xxx

"Projek ini dijalankan oleh sektor swasta dan atas dasar sukarela.Projek ini juga dijalankan oleh Syarikat Tricubes Berhad".

"Menurut laporan kewangan Tricubes,syarikat ini mengalami kerugian bersih sebanyak RM3.35 juta pada tahun 2010".

Status kewangan kurang meyakinkan.Macam mana?Kejadah.


xxx

Aku tidak arif soal politik atau apa-apalah agenda kerajaan tetapi aku berfikir berdasarkan logik.

Wajarkah kita mewujudkan e-mail 1Malaysia yang menelan kos sehingga RM50 juta sedangkan kita boleh mendapat e-mail dengan percuma di Yahoo,Gmail dan sebagainya?

Daripada wujudkan email 1Malaysia,lebih baik wujudkan hotspots di seluruh Malaysia.

Internet hanya berfokus dan tertumpu di majoriti kawasan bandar dan mungkin minoriti kawasan luar bandar.
Ikut nasib.
Majoriti masyarakat luar bandar yang tak dapat liputan internet?
Belum masuk isu siapa ada komputer.

xxx

Mungkin pihak kerajaan ada sebab yang lagi baik dan munasabah.
Diminta untuk nyatakan sebab-sebab tersebut kepada rakyat kerana RM50 juta merupakan satu kos yang agak melampau.

Ya,mungkin kami tidak tahu.
Kalau begitu,yakinkan kami.

xxx

Jika di pandang pada sudut positif,
Pengurangan penggunaan kertas.
Selamatkan pokok.
Selamatkan bumi.

Ah,kiamat tetap kiamat.
Ketentuan ilahi.Janji yang Maha Esa.

P/s:Dulu ketika Malaysia nak keluarkan kereta Proton pun rakyat bising jugak.Konon nya x lepas nak naik Genting la.Sekarang?


1 comment:

HaziqAsyraf said...

Liputan internet banyak menyumbang kepada media alternatif. Media mainstream kini sudah mula berkurangan sambutannya. Tidak seperti Friendster, laman sosial Facebook kini berperanan lebih serius dalam menyampaikan suara rakyat. Ini sudah tentu menggugat kedudukan sesetangah pihak yang hanya memainkan isu berat sebelah dan sentimen perkauman.

Kewujudan E-mel 1 Malaysia mungkin dapat mengurangkan kesan media alternatif atas sebab media kerajaan menyelinap dalam keperluan Emel.

Mungkin perkara ini (e-mel 1My, Menara Warisan, Istana) tidaklah jadi isu kalau subsidi tidak dinaikkan oleh kerajaan.

Siapa perlu berjimat? Rakyat yang saban hari bekerja memerah keringat, atau penguasa yang bersenang lenang mendirikan rumah megah?