Feb 15, 2010

Bakat. Dilahirkan atau Dipupuk?

"Kau kene ada bakat. Setakat minat mana cukup."

Aku terfikir.
"Adakah bakat dilahirkan atau ia boleh dipupuk?"

Jikalau kita lihat dari pelbagai sudut atau bidang. Dapat dikatakan ia adalah sesuatu perkara yang dilahirkan.Buktinya? Kita lihat bersama.

Terdapat banyak orang-orang yang mencipta nama di persada dunia adalah orang-orang yang gagal dalam hidup mereka satu masa dahulu contohnya Albert Einstein dan beberapa tokoh-tokoh yang lain. Mereka dibuang sekolah, universiti dan sebagainya. Anda boleh anggap, mereka adalah orang-orang yang bakal gagal dalam hidup mereka. Akan tetapi,mereka dilahirkan dengan bakat.(dalam bidang tertentu). Akhirnya,merekalah yang mengubah dunia.Ibn Sina dengan ilmu perubatannya. Bill Gates dengan kemahirannya dalam bidang komputer dan Edison berjaya mencipta mentol.

Persoalannya, adakah mereka dilahirkan dengan perkara-perkara(bakat) tersebut? atau ianya dipupuk?

Anda boleh belajar, berusaha dan memupuk sesuatu perkara yang anda inginkan jika anda tiada bakat. Namun sejauh mana pun usaha anda, orang yang dilahirkan dengan bakat tersebut pasti lebih baik daripada anda.

Analoginya? Saya dilahirkan dengan bakat bersukan contohnya bermain bola. Anda kaki bangku. Anda berlatih. Saya pun berlatih. 2 bulan kemudian. Anda hebat. Saya lebih hebat.


p/s: aku ingin menulis.

3 comments:

NINAA :D said...

pfft,ayat yg "anda hebat,sy lebih hebat."
macam perasan.haha.okay.menarik

aisyah idris said...

I'm proud of you. I like this post.good.
from :Aisyah Idris

Anonymous said...

that is the things that i trust can be happen in this world... if u try harder u can do it more than anyone..rite!!