Jan 30, 2012

Erti Hidup

"Bila besar nanti awak nak jadi apa?"

Masih segar dalam ingatanku soalan yang pernah ditanyakan oleh guru sewaktu diri ini masih berumur 7 tahun.

"Saya nak jadi doktor" jawab aku dengan penuh yakin.

"Lagi?" tanya cikgu.

"Lagi?apa yang laginya cikgu?"

"Ye lah, kene ada tiga cita-cita untuk penuhkan borang awak ni"

"Kenapa sampai tiga cikgu?tak boleh satu je ke?"

"Alah awak ni, fikir je la apa-apa selain doktor. Mana lah tahu nanti awak tak jadi doktor ke, boleh pilih cita-cita yang kedua pula"

"Oh,hrmmmm"

"Saya nak jadi cikgu dan polis" selepas bertanya dan melihat jawapan rakan-rakan yang lain.

xxx

Memikirkan situasi 12 tahun lalu membuatkan aku terfikir kenapa aku memilih profesion "doktor" untuk dijadikan kerjaya.

Mungkin 12 tahun yang lalu,tanggapan aku "boleh kaya,jadi terkenal dan ada isteri cantik" tetapi sekarang niat tersebut perlu diubah kepada sesuatu yang lebih kukuh dan mempunyai sebab yang mantap kerana pada hakikatnya rezeki itu pemberian Tuhan tidak kira kepada atau untuk siapa.
"Dan tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan membatasnya bagi siapa yang Dia kehendaki?Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang beriman"-(39:52)
Secara tidak sedar,ketiga-tiga pilihan aku 12 tahun yang lalu mempunyai satu persamaan yang jelas.
Ketiga-tiga pilihan tersebut menuntut aku untuk berkhidmat secara terus kepada manusia.
Dan tidak aku nafikan,ketiga-tiga profesion tersebut mampu memberikan impak yang kuat dalam membentuk masyarakat.
Tidak kira masyarakat yang damai,masyarakat yang berjaya,masyarakat yang berwawasan mahupun yang sebaliknya.

Namun aku percaya walau apa juga bidang yang kita ceburi.
Niat adalah penting.
Sebagai ibadah.
Untuk mendapat redha Ilahi
Untuk dekatkan diri padaNya.
Hakikatnya,kepandaian dan kejayaan kita sekarang dan masa akan datang memang bukan milik mutlak kita tetapi kita pinjam daripada Allah.
Pinjaman ini perlu ditunaikan hak-haknya kerana ini juga adalah ujian daripada yang Maha Esa.
Dan aku pilih untuk menjadi seorang doktor.

xxx

Menjadi seorang pelajar perubatan tidak mudah.
Pendek kata,untuk mencapai kejayaan tidak mudah.

Jika jalan untuk berjaya itu mudah.
Tidak ada orang yang gagal dalam dunia ini.
Tidak ada orang yang belajar sampai gila.
Tidak ada orang yang sampai sanggup membunuh diri kerana gagal dalam peperiksaan.
Gila.

Namun,anggaplah ia sebagai satu pengorbanan besar yang perlu kita lakukan untuk mencapai matlamat yang lebih besar.
"Nothing comes easy,you've got to work for it"
"Nak rawat atau bedah orang bukan boleh main cincai-cincai bang,kak,dik.Ni amanah dan kepercayaan yang orang bagi kat kita.Juga kelebihan/kepakaran (pinjaman) yang Allah dah beri pada kita.Perlu dilaksanakan sebaik mungkin."

Menjadi seorang doktor juga boleh ingatkan kita akan kematian.
Orang yang ziarah orang yang sakit juga diberikan kebaikan oleh Tuhan.

Teringat pula tazkirah Prof Dr Muhaya ; orang yang ziarah orang sakit malaikat akan doakan orang tu.
Besar kan rahmatNya?

dan boleh jadi lagi pandai =D
"Sabda Rasulullah : "Orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati." (Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Abidunya)"
Sebenarnya menjadi seorang doktor boleh buat kita betul-betul sedar akan kebesaran dan kekuasaanNya.
Bukan kuasa kita untuk beri nikmat kesihatan kepada orang lain.
Bukan kuasa kita untuk menyembuhkan penyakit.
Kita hanya manusia ciptaanNya.
Kita lemah.
Hanya mampu berusaha dan bertawakkal.
Pasrah pada kebesaranNya.
Kita bukan Sang Pencipta.

Beberapa minggu yang lalu,aku berpeluang untuk ke hospital bagi menghantar rakanku yang sakit.
Demam denggi kata doktor.Namun bukan ini yang aku ingin ceritakan.
Andai kita seorang yang peka terhadap kawasan sekeliling,pelbagai senario yang boleh kita perhatikan.

Dari keadaan pesakit yang parah hinggalah keadaan apabila doktor houseman dibuli nurse senior.
Namun bukan ini juga yang ingin aku ceritakan.

Ragam manusia.
Ragam pesakit.
Wajah-wajah yang penuh pengharapan.
Wajah-wajah yang inginkan rawatan tetapi memberikan cacian dan carutan.
Ya,ini dia.

Persoalan kenapa perlu aku menjadi seorang doktor tidak akan pernah lekang dari fikiran.
Perlu menuntut ilmu perubatan yang memakan masa yang panjang hingga 5 ke 6 tahun.
Dengan gaji permulaan yang tidaklah semewah seorang jurutera.
Benarkah ini jalan yang ingin aku pilih?
Perlu berhadapan dengan ragam manusia yang pelbagai.
Termasuk menahan caci maki manusia yang tidak sabar.

Tapi,hakikatnya inilah cabaran dan dugaan hidup!
Matlamat untuk membantu manusia dan mendekatkan diri pada yang Maha Esa mampu mengatasi segala derita!
Dan inilah jawapan yang akan terus aku suapkan pada hati ini.

Jika dilihat daripada perspektif yang berbeza,
Masih ramai diluar sana yang memerlukan khidmat doktor.
Masih ramai diluar sana yang mengharapkan insan yang mampu menjadi asbab sembuhnya penyakit mereka.
Bukan mereka tidak tahu yang menyembuhkan adalah Tuhan.
Tapi mereka inginkan insan-insan yang ada kemampuan untuk berusaha menolong sedaya mampu secara langsung.
Kemudian bertawakal.
"Being a doctor is not about getting rich nor a beautiful wife.Its about helping others.Its about sacrificing what is yours for them.Its about contributing to society.Its about believing in God's power.Its about passion and altruism.Life as a doctor teaches us about life and how grateful we should be."
Bagi aku.
Profesion sebagai seorang doktor mampu mengajar aku tentang erti hidup.
"Dan manusia hanya memperoleh apa yang diusahakannya"-(53:39)

notakaki : hari ini mungkin hari mereka,esok lusa tak mustahil kita.

7 comments:

syz. said...

persoalan kenapa aku menjadi doktor is one thing.
yet, persoalan selepas aku menjadi doktor, aku nak jadi apa? is another thing to be concern about.
nice.
and am not speechless btw;p

amier said...

perlu cari sendiri.setiap orang mempunyai hala tuju yang berbeza walau pada hakikatnya matlamat kita sama =)

fitra zainal said...

glad to hear that there is still human like this . nahh , goodluck in your life .

Anonymous said...

Nice one. :) may Allah bless ur life. InsyaAllah.

SYAPA said...

wow,, i get inspired reading it,, i think that u gonna be a great doc one day,, amin,, :D

Anonymous said...

ur words..bila baca macam tgk beautiful painting,

Unknown said...

i just know you.. and i know that this blog is yours! haha.. that guy yg penah crite yg die hampir hilang nikmat penglihatan yg ALLAH beri... you did inspired me with that story...really. and yeah, was determined to be a doctor then... which at first i actually dont have my own stand in choosing my ambition... thank you for your motivation.. really appreciate it till now, even though talk tu dah lame dah pon, last year... and i'll be taking psychology as my major instead of a doctor..haha.. a doctor too rite ? haha.. ok, thats it i guessed.. thank you again... may ALLAH blessed you, a future ophthalmologist, isnt it??...amiin..
p/s: i hope i didnt get the wrong person.. haha