Dec 24, 2011

Hitam Putih

Sebenarnya sudah lebih satu jam lebih aku menatap skrin komputer.
Kosong. Tidak tahu bagaimana harus aku mulakan bicara.
xxx

Bismillahirrahmanirrahim...
Sungguh, kali ini aku menulis  sebagai menunaikan shahadatul haq dan aku sangat berharap agar penulisan ini mampu memberi impak dalam hidup kita semua. Paling tidak pun memberikan kesedaran kepada pembaca. Tetapi percaya atau tidak, "kesedaran" itu masih belum mampu untuk mengubah kita ke arah yang lebih baik jika ianya hanya berpaksikan pada kesedaran semata-mata dan bukannya "perbuatan".

Cukup itu sekadar muqaddimah.

Kesalahan,Dosa dan Penyesalan.
Kitaran ini akan terus berterusan dalam hidup mana-mana individu sekalipun. Aku jamin.
Ya, tidak aku nafikan bahawa setiap manusia memang tak lari daripada melakukan kesalahan tapi yang membezakannya ialah 'sejauh mana' penyesalan daripada salah silap yang dilakukan itu mampu mengubah keadaan dirinya atau situasi yang lebih common kita gantikan dengan 'sampai bila'.

Sama ada penyesalan itu mampu menghalang seseorang itu daripada terus mengulangi kesalahan yang sama dan membawanya ke arah kebaikan atau pun penyesalan itu tinggal pada perasaan dan hanya bersikap sementara?
Hidup kita, kita pilih.

Apa tujuan aku tulis semua ini?
Demi Revolusi
Masih tak faham?
Demi Perubahan
Untuk Siapa?
Kita semua.

Ini dia main point yang aku ingin sampaikan dari tadi.
Revolusi atau perubahan merupakan satu term yang sangat mendalam maksudnya.
Kalau dihayati,memang boleh dikaitkan meliputi hampir segala aspek dari sudut politik (isu sekarang) hingga  ke isu yang pelik-pelik(????).

Tapi apa yang ingin aku sampaikan di sini ialah revolusi diri, perubahan sikap sesuatu individu atau cara hidup ke arah yang lebih baik.

Lebih baik?Lebih baik macam mana?Terlalu subjektif?

Cukup kalau aku katakan ke arah agama,Al-Quran,As-Sunnah dan Islam.

Aku percaya revolusi diri ini penting dalam kita mengubah pandangan masyarakat dan cara fikir mereka atau lebih wajar aku katakan cara fikir kita kerana perubahan sesuatu negara itu juga bermula dari rakyat yang bermula dari konsep individual.

Kembali kepada fokus kita.

Revolusi diri.
Ke arah yang lebih baik.
Ke arah Islam.
Ke arah yang Maha Esa.

Konsep Hidayah.

Aku percaya setiap insan mesti pernah melalui saat di mana terdetik dalam dirinya untuk berubah.Perubahan ke arah yang lebih baik.
Kemudian,muncul dua pilihan.

Kesedaran itu hanya kekal sebagai satu perasaan (kesal terhadap kesalahan yang pernah dilakukan) dan berkemungkinan untuk melakukan kesalahan yang sama lagi dan terus kekal.

atau

Kesedaran itu masih merupakan satu perasaan tetapi insan tersebut mengubah situasi atau keadaannya dengan melakukan sesuatu!

Dan insyaAllah pilihan kedua lah tersebut membawa kepada transformasi individu tersebut.

Pernah dengar ungkapan sedemikian?
"Tapi aku banyak dosa woi!","hati aku dah gelap,kau boleh la kau muda lagi","jangan tanya aku aku ni bukannya baik sangat,banyak buat dosa.kalau kau nak tanya apa-apa kau tanya dia"

Mungkin diungkapkan oleh diri kita sendiri?
Satu soalan mudah,sampai bila untuk beri jawapan mahupun alasan sedemikian rupa?sampai bila asyik orang lain dan bukannya diri sendiri?sampai bila...
"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka.Ketahuilah kamu, bahawa Allah menghidupkan bumi sesudah matinya; sesungguhnya Kami telah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan dan bukti, supaya kamu memahaminya."-(57:16-17)
Bila berbicara tentang hati,aku teringat di mana seorang sahabat membuat video tentang sunatullah di bumi Russia di mana beliau cuba untuk menunjukkan bahawa pada musim winter pokoknya semua menjadi kering dan mati.Tiada lagi daun mahupun bunga.Yang tinggal hanyalah ranting kayu yang kontang.Bogel.
Akan tetapi, setibanya musim spring pokok yang sama kembali hidup.Subur.Penuh dengan rimbunan daun dan bunga-bunga.Cukup indah.
Dan bagi aku,ini merupakan analogi terbaik untuk dikaitkan dengan hati.Jika kita kata hati kita telah mati,usahakan lah untuk menghidupkannya kembali.

Bagaimanakah caranya?
Solat,sedekah,zakat,doa dan lain-lain.
Dan yang telah tersedia pun di depan mata kita.
Al-Quran.
Yang sememangnya diturunkan sebagai panduan dan petunjuk untuk dijadikan cara hidup dan pegangan kita.
"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya."(2:2-5)
"Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam"-(16:89)
Teringat pula pesanan Imam Ghazali;
"Carilah hatimu di tiga tempat.Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.Tetapi jika tidak kau temui ,carilah hatimu ketika mengerjakan solat.Jika tidak kau temui juga kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati.Jika tidak temui juga maka berdoalah kepada Allah,pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"

Terserah kepada kita.

Sungguh,hidayah itu milik Allah.
"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman."-(6:125)
"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)."-(28:56)
Tetapi,Allah tidak akan ubah nasib sesebuah kaum itu melainkan kaum itu mengubah nasib mereka sendiri kan?
" .....Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri....."-(13:11)
"tapi macam mana pula dosa-dosa aku selama ini?banyak doh dosa aku dah buat"
"Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu terhadap orang-orang yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilan, kemudian mereka bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya, sesungguhnya Tuhanmu sesudah (mereka bertaubat) itu, adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"-(16:119)
Jangan pernah mengalah.Bukankah itu janji syaitan kepada Allah untuk sesatkan anak-anak Adam?Jadi memang sebenarnya,kita tidak akan lari dari dosa.Se'alim' mana pun seseorang itu,pasti pernah sekali dalam hidupnya dia melakukan kesalahan.Tiada manusia yang hidupnya sempurna seperti Rasullah SAW.

".....Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya"-(18:17)
Sungguh,siapa yang tidak mendapat hidayah Allah sangatlah rugi!
"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu – dengan sendirinya – memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu)"-(24:35)
Macam mana?masih wujudkah perasaan "ahh,nanti-nantilah" , "belum sampai seru.." , "hidayah tak dapat lagi", "aku tunggu bila tua nanti", "erm,azam baru tahun depan kot"?

Siapakah yang dapat menjamin masih ada hari esok untuk kita?
"Allah berfirman: “Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?”-(23:114-115)
Andai tiada hari esok,apakah ada alasan yang mampu kita berikan pada Allah sehinggakan kita mampu tangguh keputusan kita untuk cuba berubah hari ini?

Patuhlah pada suruhan Allah dan tinggalkanlah larangannya.Statement ini meliputi segalanya dalam Islam.Kalau nak diceritakan,masih panjang lagi yang perlu aku tulis.Mungkin satu hari nanti.
Tapi pada hakikatnya,semua sedar tentang kewajipan menunaikan solat,menutup aurat dengan sempurna,mengeluarkan zakat dan sebagainya.Setiap individu ada kewajipan yang masih perlu dilakukan dan yang paling penting sekali ialah menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.
"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya"-(3:103)
"(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”-(2:138)
Islam itu Ad-Din.Cara hidup yang lengkap.Syumul.Indah
Tapi lebih indah kalau Islam itu sebati dalam diri kita sendiri.Lengkap pada perbuatan dan juga nama.Bukan hanya sekadar Islam pada nama semata-mata.

"Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya."-(25:73-75)
Percayalah.Itu janji Tuhan.Janji Yang Maha Berkuasa.

Andai sekarang masih belum waktunya,terpulang kepada anda.
Andai sekarang masih belum waktunya,aku tidak ada kuasa untuk memaksa sesiapa.
Andai sekarang masih belum waktunya,aku takut jika satu hari nanti tiada lagi sesiapa yang akan memberikan peringatan.
Tapi aku lebih takut jika satu hari nanti,Tuhan tidak akan sudi untuk mengetuk lagi pintu hati kita.

Jika selama ini hitam,sudah tiba masanya kita bertukar warna.
Ayuh sahabat!


Notakaki 1: Maafkan aku jika,penulisan yang tak seberapa ini tidak cukup berbunga untuk berikan kesedaran.Sungguh,hidayah itu milik Allah.Dan maafkan aku jika terdapat kesilapan,kesalahan sepanjang aku menulis.

Notakaki 2: Al-Fatihah buat saudara Fathi Ihsan.Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang mendapat redha Allah dan menjadi peringatan buat kita bahawa ajal tidak mengira usia dan kita masih ada peluang untuk mengisi "kantung" amalan kita.Al-Fatihah.
"...Pengikut-pengikutnya yang setia itu berkata,"Kamilah penolong-penolong agama Allah..."-(61:14)

10 comments:

najahcomey said...

salam.
woi amier.kau tulis sendiri semua nie?
seriously?
hebat bahasa yg kau guna.

Nurul Afifah said...

Amier,aku terharu. Sumpah aku terharu. Aku harap aku dapat hidayah dari entri kau ni. InsyaAllah. Amin.

amier said...

husna:biasa-biasa je.ramai orang lagi hebat dalam bahasa2 ni.

afifah:doa lah.sesungguhnya doa itu senjata orang mu'min.insyaAllah.amin

uswah hasanah said...

:') semoga Allah kuatkn hati, teguhkan iman untuk stay on the right path, utk kekalkan hidayah yg ad n untuk trus diberi ptunjuk. truskan brdkwah, Moga Allah redha.

Wan Noruddin Rasol Wan Azmi (Raazhayu) said...

berguna ni ^_^

syasya said...

brilliant post from an old friend of mine. :') terharu. good job amier

SYE said...

..what more can be said.
Thanks thanks and thanks.
Somehow..it touches somewhere deep in my heart.
so..thanks.

Anonymous said...

after fida aisha..ur words touch me..deep.

Kn said...

Alhamdulillah. Sungguh hebat sahabat lama ku ini. InsyaAllah kita sme2 mentarbiyah diri kita agar dapat mewujudkan kembali ustazaitul alam.

Anonymous said...

ALLAH!!! Ustaz Amier kite..hebat2..