Mar 7, 2011

Jangan Pandang Belakang.

Semangat yang suatu masa dulu berkobar-kobar kini kian rapuh...
Impian yang suatu masa dulu bersinar-sinar kini kian malap...
Harapan yang suatu masa dulu cerah kini kian kabur...
Usaha yang suatu masa dulu bersungguh-sungguh kini kian menjunam...
Psikologi yang suatu masa dulu sangat positif kini kian ke arah yang sebaliknya...

Silap..Aku melihat pada yang lepas...
Silap..Aku tidak bersaing dengan diriku sendiri...
Silap..Aku tidak cukup berusaha...
Silap..Aku membandingkan dengan MOKSYA...

Dan

SILAP..Aku tidak pandang hadapan...

Mungkin ini cabaran yang aku cari selama ini.
Tidak.Aku takkan sia-siakan.
Aku pasti kali ini ianya tidak bosan.
Menjadi satu-satunya penuntut yang membawa keputusan TPNG 3.63.
Menjadi satu-satunya penuntut yang belum layak digelar "alien".

5 TAHUN 8 BULAN.
Aku akan bersaing.
Aku janji.

Kali ini aku nekad.

3 comments:

hanisa sabrina said...

go go amier !
goo amier !

-__- **gedik sungguh sy **

good luck

haniyahaya :) said...

TPNG 3.63 tak membawa sebarang erti.. zaman tu dah lama brerlalu. Apa2 pun, kita semua kena habiskan MBBS juga! Ingat pesan Mr Addie!!!

hahaha~ but part Moksya tu aku rasa sarkatik lah wey.

MIR said...

Betul doo..Kau yg sekaum pun x tau ke?mcm ne ni?Dorg Buat pengasingan?lg moksha..hahahahaha