Dec 16, 2010

Gara-gara bola sepak.

Sekadar menunaikan apa yang telah dijanjikan.
Puas memikirkan tajuk yang bakal diutarakan.


Dalam perjalanan pulang ke kampung di Johor Bharu(sebenarnya baru balik dari Universal Studios Singapore),tiba-tiba aku tengok jalanraya sebelah 'jam'.Yang menjadi masalahnya,itulah jalanraya yang bakal aku lalui untuk pulang ke rumah selepas membuat pusingan U.

Aku bersuara.

"Huh?asal pulak tiba-tiba jam ni?nak tengok Malaysia lawan Vietnam lah!"

dalam benakku,terfikir pula tentang reaksi saudaraku yang tidak ikut makcik aku pergi bersiar-siar di Orchard Road semata-mata kerana hendak melihat perlawanan bola Malaysia menentang Vietnam.

"Pasti dia kecewa"

Aku pun mula bertanya kepada papa.

"Pa,asal 'jam' ni?"

"Biasalah,polis buat 'roadblock'.Polis nak cari makan juga.Kalau satu orang saman rm300,bayangkan if 1 juta orang kena.Banyak duit kerajaan dapat."

"Yelah,dah memang kerja polis" balas aku.

Setelah hampir setengah jam menunggu,aku mula memecah kesunyian di dalam kereta.

"Pa,tak kan 'roadblock' sampai kereta tak bergerak?dah setengah jam tapi jalan pun tak sampai 100 meter macam mana ni?"

Marah.Tidak perlu dipersoalkan lagi.'Roadblock' kali ni benar-benar menguji kesabaran.Satu jam lagi.Agaknya tak sempat aku nak tengok bola malam ini.

Celaka.

Aku masih tertanya-tanya apakah yang polis sedang cari.
"Roadtax?Lesen?Takkan la semua kereta dia nak tengok,kalau betul pun asal x buat 2 laluan?Kenapa 3 'lane' perlu jadi 1?

Agaknya rumah menteri besar kena bom atau mereka sedang mencari Sharlini?atau memang polis tersebut memang bodoh?

"Polis JB ni kena belajar dengan polis KL lah,nak buat kerja tapi menyusahkan orang" luah ibu.

Teringat aku satu fenomena ketika hari raya pada tahun lepas.Kesesakan trafik seperti biasa di JB.Beberapa orang pegawai trafik sedang cuba mengawal lalu lintas.Gagal.Keadaan bertambah parah.Beberapa orang pegawai trafik berada di tengah-tengah simpang.Celaka.Berbeza situasi di Kuala Lumpur.

Agaknya polis ni semua pangkat 3 lepasan SPM?atau memang tak reti nak buat 'roadblock'?Takkan sampai tak bergerak kereta?

30 minit,kurang dari 100 meter.

Celaka.

Mungkin betul ada rumah yang kena bom.

Tak dapat aku bayangkan jika ada orang dah nak bersalin?mungkin dalam kereta agaknya bersalin.

Kalau nak berak?sama la juga tempatnya.

Kalau diikutkan perasaan,ingin sahaja aku berjalan kaki ke arah polis dan cakap "cik saya nak terkencing dah,tapi tak tahan rumah depan situ je tapi tunggu dalam kereta nak sampai satu jam dah.Orang lain dalam kereta dah berak dalam 'tupperware' dah agaknya".Tapi apakan daya,mungkin bunyinya agak biadap dan sebagai orang Melayu aku masih ada lagi budi bahasa.Agaknya.Tidak termasuk situasi dalam kereta dah habis cacian aku luahkan.

Aku lihat motor-motor sudah mula berpatah balik.Tak ada lesen agaknya.Mereka terlepas.Konklusinya?

'Roadblock' GAGAL.

Tempat tak strategik malah menyusahkan individu-individu yang membawa kereta.

Giliran aku tiba setelah hampir satu jam menunggu.

Aku membisu.Aku perlukan penjelasan.

Polis tersebut melihat dalam kereta tanpa berkata walau sekelumit patah perkataan dan mengangguk-angguk tanda boleh pergi.

Aku terkesima.Harapan untuk mendengar penjelasan yang mungkin boleh meleraikan kemarahan gagal.

Bapaku mengorak langkah.
"Sejam tunggu dah cik".

Bapa borek anak rintik.
"Panjang lagi belakang tu cik"

Polis berkenaan sekadar tersenyum.

Kami beredar.

Tak dapat dinafikan,memang kau pangkat 3.
Kalau dah menyusahkan orang lain macam mana nak maju.
Memang kerja polis tapi pasti ada budi bicara untuk memuaskan hati kedua-dua pihak.

aku bermonolog.
Tiada pula talian 'NUR' untuk mengadu.

Celaka.

Setibanya di rumah,masa perlawanan berbaki 2 minit.
MALAYSIA - VIETNAM (2-0).

6 comments:

NINAA :D said...

good job.tapi,byk celaka kot.haa.
tak kisah la.but i like this post.

rating: 100 star :P

Anonymous said...

Too emotional.
I've been living in JB for like 17 freaking years.
Baru kena sekali takkan dah maki banyak kali kot.

Rahman

MIR said...

Lol..what would u do of u were there..?I'm sure that u'll do the same thing..man..the house is just like 300m away..but we're moving so slow..btw,aq dah kene dua Kali..persoalan nya bukan emosi tetapi tahap
kecekapan polis tu dalam menguruskan roadblock..tak salah aq bandingkan polis kl ngn johor..kene improve jd lg bgs lah

Emosi bermula sebab ada bola..u can't blame me man..
Thnx btw.

Mrs Caspian said...

erm...positive thinking:
1) pelatih polis kot...tgh praktikal laa tu agknye..

2) maybe kalau x ditakdirkan ada roadblock hari tu,,kau akan terlibat dgn kecelakaan jalan..ye laa..org smua berebut nk tgk bola,,speed kurang2 140km/hr..*maybe*

Rahman said...

Aku tak persoalkan kau bandingkan polis JB ngan KL, THAT I wouldn't mind. Hahaha
I mean stop swearing lah der.
The house's 300m away? You have legs, walk. LOL

Partly-missed the final Suzuki Cup match isn't as bad you have to pee inside plastic bottle(yes i did that).

Anonymous said...

aku pon tak suka polis trafik! nak2 time dia jaga traffic light yg xrosak! lagi lama kna tggu compare to traffic light tuhh. agaknya mmg dah takde kerja sgt -,-'