Dec 25, 2009

Jumaat

Tadi aku ke masjid untuk menunaikan kewajipan aku sebagai seorang muslim. Apa yang menarik perhatian aku adalah cara khatib masjid tersebut berkhutbah. Cukup bersemangat.

Telah menjadi suatu norma kalau pergi masjid dan dengar khutbah jumaat mesti mengantuk. Aku juga mula mengorak langkah. Tiba-tiba aku terjaga dari lamunan tidur, bukan kerana aku dikejutkan mahupun digerakkan tetapi aku berasa terpukul dengan khutbah yang disampaikan oleh khatib tersebut.

Ada ketika perang, seorang sahabat telah menyampaikan kata-katanya kepada sahabat-sahabat Rasulullah yang lain yang pada ketika itu muka Rasullah sedang berdarah dan giginya telah patah akibat perang.

"Aku takut ketika di akhirat kelak, Allah bertanyakan kepada aku. Apakah alasan engkau jika Rasulullah mati sedangkan engkau masih hidup". Itu adalah zaman dahulu. Ketika perang.

Tetapi."Apakah alasan kita jika Rasulullah dikutuk, dihina, dicaci seperti zaman sekarang sedangkan kita tidak berbuat apa-apa".


Berhenti sejenak dan berfikir.

No comments: