Feb 27, 2011

Soal Pengiktirafan.

Isu pengiktirafan telah menjadi satu norma soalan yang akan ditanya kepada mana-mana individu yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang tertentu.
Khususnya,PERUBATAN.

Namun begitu,"pengiktirafan" yang dipersoalkan itu tidak wujud dalam bahasa undang-undang.Hanya bahasa pasar.

Mengikut bahasa Undang-Undang hanya terdapat dua perkara yang penting bagi membolehkan sesuatu bidang itu "diiktiraf".

Kelulusan dan Akreditasi.
tertulis dalam Akta 555.

Yang paling penting,KELULUSAN.
Akreditasi?TIDAK.

MSU. A tier 5 university.
Setaraf dengan IMU dan universiti awam yang lain memandangkan tiada mana-mana universiti yang berada di tier 6.

Malah ada universiti tempatan yang berada di tier 4 & tier 3.

MSU.Mempunyai KELULUSAN untuk menawarkan kursus perubatan.

Akreditasi?Belum memandangkan ia hanya boleh dijalankan pada tahun terakhir kursus tersebut.
Tahun depan InsyaAllah.

Aku tak salah pilih.

xxx
Orientasi.
"Nama saya Amier Bin Idris"
"Ex-MRSM TGB"
"Saya bercita-cita nak jadi budak skema".

Feb 20, 2011

Junior Semula.

21 February 2011.
Aku bakal melangkah ke alam yang baru.suasana yang baru.persekitaran yang baru.
Universiti.aku akan digelar junior semula.

12 February 2011.
Aku mendapat panggilan daripada pihak MARA.
Katanya aku ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti swasta di Malaysia dalam bidang perubatan.Terkejut,aku tak sangka.Alhamdulillah,syukur.Itu yang pertama.

Aku diberi tempoh selama 2 hari untuk menerima atau menolak tawaran tersebut.
Setelah ramai rakan-rakan yang mengetahui khabar ini,rata-rata yang mengucapkan tahniah.Terima kasih.

Tidak ketinggalan juga mereka yang turut memberikan pandangan.Aku tak kisah.

Orang cakap...
"private uni tak bagus dohhh"..
"kau betul ke nak pergi?tak nak tunggu spm?"..
"erm..medic msu?entah la..x berapa kot"..
"cikgu aku cakap tak bagus sangat,dia lecturer sana dulu tapi dah quit"..

Entah siapa cakap.Tak habis-habis 'orang' cakap.
Aku ragu-ragu..

Setibanya di MSU(saja melawat awal-awal)..
Tertulis di brochure universiti tersebut..
"Top 5 private universities in malaysia" dan beberapa lagi pengiktirafan lain yang tidak menunjukkan ketidak'bagus'an universiti tersebut termasuk pengiktirafan antarabangsa.

Mungkin kursus perubatan di sana tidak sebagus kursus perubatan di universiti lain tetapi pasti ada minimum qualification yang perlu diikuti bagi membolehkan universiti tersebut menawarkan kursus tersebut.Tidak dinafikan aku perlu usaha lebih gigih.

"It's not about the university,it's about the students"
"benih yang baik kalau dicampakkan dilautan luas pasti menjadi pulau"

14 February 2011.
Saya terima.

Kali ini,aku pilih.

Feb 9, 2011

Kerana Kau #3

Kelibat seseorang yang sedang menunggang motrsikal dari jauh kelihatan.Wajahnya tidak dapat dikenalpasti oleh Ahmad.Anehnya,motosikal tersebut sedang bergerak menuju ke arah nya.
Semakin dekat.Semakin dekat.

"Lah,kau rupanya wan!"kata Ahmad setelah mengecam wajah penunggang motosikal tersebut.
"Kau tau tak aku dah jalan jauh gila.Memang melepet ah," luah Ahmad.
"Kau la pergi mana?Cakap kedai lah,Menara Citibank lah.Aku tunggu kau,kau tau x?" kata Syazwan.Geram.

"Ye ke?Aku hantar SMS kau tak reply."

"Kredit habis lah."

1.30 petang.
Solat Jumaat hampir bermula.Khutbah memang terlepas.Pahala kurang.Tak disengajakan.Agaknya.
xxx
"Ahmad,sorry la.Mama tak bagi pergi,".Begitulah kiriman SMS yang diterima daripada Siti setelah selesai mengerjakan solat Jumaat.

"Hah?Tak jadi?" jerit hati Ahmad.Runsing.

Ligat otak Ahmad memikirkan keadaannya sekarang.
RM 36 nya?Burn.Semudah itu jawapannya walaupun apa yang dihadapi nya tadi tak semudah itu.Harapan hanya tinggal harapan.
Ahmad terfikir.
Kalaulah aku tak beli tiket tadi.Kalaulah mak dia bagi.Kalaulah dia bagitau awal-awal.
Mesti aku ada rm36 sekarang.
xxx
3.00 petang.(Green Hornet ditayangkan di panggung)
Ahmad masih lagi berbaring dibiliknya.Tak berbaju.Masih lagi memikirkan rm36 nya yang sedang dibakar.

3.30 petang.
Duitnya telah suku dibakar.Pening.Tak cakap banyak.Ahmad bangun.Mengambil rm10 yang telah ditinggalkan oleh abangnya untuknya.
KLCC.Destinasi yang bakal dituju.
4.00 petang.
Ahmad tiba dan berlari menuju ke panggung.Seorang diri.
Tiada kelibat Siti seperti yang diharapkan Ahmad.Positive thinking nya kali ini gagal.Mana lah tau jika Siti hanya bergurau.Kononnya surprise.Harapan hanya tinggal harapan.Mimpi hanya tinggal mimpi.
xxx
Malam itu,Ahmad keluar bersama beberapa orang rakannya yang masih menetap di Kuala Lumpur.Pelbagai perkara yang diborakkan.Kering gusi.Tiba-tiba, terdetik di hati Ahmad untuk menceritakan perkara yang dilaluinya siang tadi.
xxx
"Asal kau tak sound dia mad?Kalau aku.." kata Danial.
"Perghh,mad.Uish.Uish.Uish." kata Wan.
Sayuti pula terdiam.Hanya ekspresi muka yang ditunjukkan.

"Korang jangan salahkan dia.Mungkin salah aku tak tanya dia betul betul.Aku yang silap." luah Ahmad.Keikhlasannya jelas kelihatan dari raut wajahnya.Tunduk.

TAMAT
P/S-Ahmad.Kau terlalu baik untuknya.

Jan 31, 2011

Kerana Kau #2

Ahmad mati akal.Jarak perjalanan untuk pulang melebihi 15 kilometer.Jikalau sebelum ini jarak 15 kilometer itu bukan halangan,kali ini jarak tersebut sedikit sebanyak memberi kesan yang mendalam kepada Ahmad.Mana taknya,pergi naik bas tapi balik kena jalan kaki.Semuanya gara-gara tiket wayang tersebut.

"Jauhnya,"rintih Ahmad.

Otak Ahmad masih ligat memikirkan sesuatu.Pinjam duit.Itu yang muncul.Ahmad tiada pilihan.

"Nak tak nak aku kena cuba.Belum cuba belum tahu," kata Ahmad dengan penuh semangat.

Ahmad pun berlatih bercakap.Bukan dirinya tak pandai bercakap cuma dia tidak mahu tergagap ketika 'meminta' nanti.Dia perlukan self confidence.

"Hello sir,may i borrow your money.I swear i will pay it back.You can give me your phone number,"
kata Ahmad perlahan-lahan dengan bersungguh-sungguh.Berlatih speaking kononnya.

Tiba-tiba Ahmad teringat yang dia mempunyai telefon bimbit.

"Handphone!" teriak Ahmad seolah-olah telefon itu merupakan 'penyelamat'nya.

"Kenapalah aku tak fikir awal-awal."

Kawan.Itulah satu-satunya jalan keluar Ahmad memandangkan ibubapanya masih berada di Kelantan dan kakaknya masih di universiti.Abangnya pula memberitahu bahawa dia sibuk.

"Aku nak telefon siapa pula ni?Ahh,try je lah siapa-siapa."

Cubaan Pertama.

Tuut.Tuut.Tuut

"Syahmi!Aku ni Ahmad.Kau boleh tolong aku tak?Aku tak de duit lah.Ambil aku kat KLCC boleh?"

"Ala Ahmad,aku baru lepas accident la.Tak boleh la.Sorry eh."

Cubaan Pertama GAGAL.

Cubaan Kedua.

Toot.Toot.Toot.

"Syazwan!Aku ni Ahmad.Kau boleh tolong aku tak?Aku tak de duit lah.Kau ambil aku boleh?"

"Kau kat mana?"

"KLCC."

"Kau tunggu aku datang."

Cubaan Kedua BERJAYA.

Setelah lama menunggu di KLCC.Batang hidung Syazwan masih belum dilihat.

"Mana Syazwan ni?Lama dah aku tunggu.Nasib baiklah KL ni 'sejuk' kan," keluh Ahmad.

"Wan,mana kau?Aku kat depan KLCC ini.Aku jalan depan sikit la kat kedai-kedai makan tu tau."
Ahmad menghantar pesanan tersebut melalui sistem pesanan ringkas kepada Syazwan menggunakan 'penyelamat'nya tadi.

Masa berlalu pantas.Hampir setengah jam menunggu Syazwan.Kelibatnya tidak kelihatan.Ahmad meneruskan perjalanannya.

"Wan,mana kau ni?Lama aku tunggu.Aku jalan depan sikit lagi.Aku tunggu kau kat Menara Citibank tau."
SMS yang kedua pun dihantar.

Secara tidak sedar,hampir separuh perjalanan pulang telah Ahmad redahi.Lebih kurang 7 kilometer.Masa yang ditunggu pun dah sampai sejam lebih.Sekarang jam menunjukkan pukul 1.10 petang.Kini Ahmad telah tiba di Ampang Point.

"Mana Syazwan?Tipu aku agaknya.Macam ni la kawan.Khutbah Jumaat nak start dah ni," rintih Ahmad.

Tiba-tiba.

"HOI!"

Jan 29, 2011

Kerana Kau #1

Ahmad (memang nama sebenar) merupakan seorang pelajar maahad di sebuah negeri yang terkenal dengan pegangan agama yang kuat sehinggakan panggung wayang pun tiada.Lagha katanya.Dia telah berpindah ke negeri tersebut kerana seluruh ahli keluarganya telah berpindah ke sana ketika beliau masih di tingkatan 3 kecuali kakaknya yang masih tinggal di Kuala Lumpur kerana melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di sini.
xxx
Ahmad telah pulang ke Kuala Lumpur dengan satu matlamat.Beliau ingin menyaksikan perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Selangor.Usahanya tidak sia-sia.Minyak keretanya berbaloi dek jarak perjalanan jauh.Semangat yang dibawa selaku penyokong negeri darul naim itu memang memuaskan.Kelantan menang 2-0.Sedikit sebanyak mengubati kedukaan di hati akibat peristiwa sehari sebelum perlawanan bermula.
xxx

Ahmad mempunyai seorang rakan perempuan yang tinggal di Kuala Lumpur.Siti (bukan nama sebenar) telah lama mengajak Ahmad untuk keluar bersama.Kawan katanya.Tidak lebih dari itu.

"Ahmad,jomlah kita keluar.Tengok wayang ke".

Ahmad yang agak keberatan dengan pelawaan tersebut menanyakan Siti tentang soal keizinan daripada ibu untuk keluar bersamanya.

"Mama bagi ke?".
"Mama bagi punya," jawab Siti dengan penuh yakin.

Jumaat 28/1/2011.

Ahmad yang masih lagi was-was dengan jawapan Siti tempoh hari kini telah berada di hadapan panggung wayang.Awal-awal pagi lagi dah siap untuk membeli tiket wayang.Takut habis.

"Siti,jadi tak ni?" tanya Ahmad ketika menelefon Siti.

"Haa,okay jadi" balas Siti.Pendek.

"Baru bangun tidur agaknya," bisik hati kecil Ahmad.

Ahmad yang pada ketika itu membawa hanya RM36 menyangkakan tiket wayang hanya berkos rm 11 satu.Namun begitu,tekaan Ahmad meleset.Tiket wayang 'The Green Hornet' berkos rm 18 satu.

"Ahh,beli je lah dah dia cakap okay tadi," kata Ahmad.Bulat hati.Dia sedar dia tidak mempunyai wang untuk balik.