Aug 26, 2012

Hilang

Gelap,resah,sunyi,sepi,
terlalu risaukan yang tidak pasti,
terlupa pada siapa aku harus mengharap,
kerana kadang-kadang aku juga hilang.

Bukan aku tak tahu ke mana harus aku tuju,
bukan aku tak mahu ke arah Mu,
bukan aku tak mampu,
tapi dek kerana nafsu yang sentiasa menipu,
aku tertipu,
aku kalah,
aku hilang.

Aku tertanya,
apakah diterima setiap kali taubat yang ku pinta,
benar ini urusan antara aku denganNya,
tapi aku terpaksa juga bertanya,
masihkah adakah ruang untuk taubat ku diterima,
bukan taubat yang pertama mahupun kelima,
tapi entah yang ke berapa kali,
dosa masih juga diulang,

mungkin kadang-kadang aku terlupa,
bahawa aku ini hamba dan bukannya Pencipta !

Tuhan,
kekalkan aku di jalan Mu,
segarkanlah ingatanku tentang Mu,
teringin aku menangis mengingatiMu,
menangis mengingati dosa-dosa lalu.

Tuhan,
izinkanlah aku menangis.
berilah aku kekuatan untuk terus istiqamah.
ingatkanlah aku bahawa mujahadah itu pahit kerana syurga itu indah.

Tuhan,
Jangan biarkan aku hanyut,
Jangan biarkan aku hilang.



notakaki : Alhamdulillah,aku bersyukur kerana masih ada teman yang tidak berputus asa menunjukkan jalan meskipun berkali-kali aku sesat di lorong gelap yang sama.

Jan 30, 2012

Erti Hidup

"Bila besar nanti awak nak jadi apa?"

Masih segar dalam ingatanku soalan yang pernah ditanyakan oleh guru sewaktu diri ini masih berumur 7 tahun.

"Saya nak jadi doktor" jawab aku dengan penuh yakin.

"Lagi?" tanya cikgu.

"Lagi?apa yang laginya cikgu?"

"Ye lah, kene ada tiga cita-cita untuk penuhkan borang awak ni"

"Kenapa sampai tiga cikgu?tak boleh satu je ke?"

"Alah awak ni, fikir je la apa-apa selain doktor. Mana lah tahu nanti awak tak jadi doktor ke, boleh pilih cita-cita yang kedua pula"

"Oh,hrmmmm"

"Saya nak jadi cikgu dan polis" selepas bertanya dan melihat jawapan rakan-rakan yang lain.

xxx

Memikirkan situasi 12 tahun lalu membuatkan aku terfikir kenapa aku memilih profesion "doktor" untuk dijadikan kerjaya.

Mungkin 12 tahun yang lalu,tanggapan aku "boleh kaya,jadi terkenal dan ada isteri cantik" tetapi sekarang niat tersebut perlu diubah kepada sesuatu yang lebih kukuh dan mempunyai sebab yang mantap kerana pada hakikatnya rezeki itu pemberian Tuhan tidak kira kepada atau untuk siapa.
"Dan tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan membatasnya bagi siapa yang Dia kehendaki?Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang beriman"-(39:52)
Secara tidak sedar,ketiga-tiga pilihan aku 12 tahun yang lalu mempunyai satu persamaan yang jelas.
Ketiga-tiga pilihan tersebut menuntut aku untuk berkhidmat secara terus kepada manusia.
Dan tidak aku nafikan,ketiga-tiga profesion tersebut mampu memberikan impak yang kuat dalam membentuk masyarakat.
Tidak kira masyarakat yang damai,masyarakat yang berjaya,masyarakat yang berwawasan mahupun yang sebaliknya.

Namun aku percaya walau apa juga bidang yang kita ceburi.
Niat adalah penting.
Sebagai ibadah.
Untuk mendapat redha Ilahi
Untuk dekatkan diri padaNya.
Hakikatnya,kepandaian dan kejayaan kita sekarang dan masa akan datang memang bukan milik mutlak kita tetapi kita pinjam daripada Allah.
Pinjaman ini perlu ditunaikan hak-haknya kerana ini juga adalah ujian daripada yang Maha Esa.
Dan aku pilih untuk menjadi seorang doktor.

xxx

Menjadi seorang pelajar perubatan tidak mudah.
Pendek kata,untuk mencapai kejayaan tidak mudah.

Jika jalan untuk berjaya itu mudah.
Tidak ada orang yang gagal dalam dunia ini.
Tidak ada orang yang belajar sampai gila.
Tidak ada orang yang sampai sanggup membunuh diri kerana gagal dalam peperiksaan.
Gila.

Namun,anggaplah ia sebagai satu pengorbanan besar yang perlu kita lakukan untuk mencapai matlamat yang lebih besar.
"Nothing comes easy,you've got to work for it"
"Nak rawat atau bedah orang bukan boleh main cincai-cincai bang,kak,dik.Ni amanah dan kepercayaan yang orang bagi kat kita.Juga kelebihan/kepakaran (pinjaman) yang Allah dah beri pada kita.Perlu dilaksanakan sebaik mungkin."

Menjadi seorang doktor juga boleh ingatkan kita akan kematian.
Orang yang ziarah orang yang sakit juga diberikan kebaikan oleh Tuhan.

Teringat pula tazkirah Prof Dr Muhaya ; orang yang ziarah orang sakit malaikat akan doakan orang tu.
Besar kan rahmatNya?

dan boleh jadi lagi pandai =D
"Sabda Rasulullah : "Orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati." (Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Abidunya)"
Sebenarnya menjadi seorang doktor boleh buat kita betul-betul sedar akan kebesaran dan kekuasaanNya.
Bukan kuasa kita untuk beri nikmat kesihatan kepada orang lain.
Bukan kuasa kita untuk menyembuhkan penyakit.
Kita hanya manusia ciptaanNya.
Kita lemah.
Hanya mampu berusaha dan bertawakkal.
Pasrah pada kebesaranNya.
Kita bukan Sang Pencipta.

Beberapa minggu yang lalu,aku berpeluang untuk ke hospital bagi menghantar rakanku yang sakit.
Demam denggi kata doktor.Namun bukan ini yang aku ingin ceritakan.
Andai kita seorang yang peka terhadap kawasan sekeliling,pelbagai senario yang boleh kita perhatikan.

Dari keadaan pesakit yang parah hinggalah keadaan apabila doktor houseman dibuli nurse senior.
Namun bukan ini juga yang ingin aku ceritakan.

Ragam manusia.
Ragam pesakit.
Wajah-wajah yang penuh pengharapan.
Wajah-wajah yang inginkan rawatan tetapi memberikan cacian dan carutan.
Ya,ini dia.

Persoalan kenapa perlu aku menjadi seorang doktor tidak akan pernah lekang dari fikiran.
Perlu menuntut ilmu perubatan yang memakan masa yang panjang hingga 5 ke 6 tahun.
Dengan gaji permulaan yang tidaklah semewah seorang jurutera.
Benarkah ini jalan yang ingin aku pilih?
Perlu berhadapan dengan ragam manusia yang pelbagai.
Termasuk menahan caci maki manusia yang tidak sabar.

Tapi,hakikatnya inilah cabaran dan dugaan hidup!
Matlamat untuk membantu manusia dan mendekatkan diri pada yang Maha Esa mampu mengatasi segala derita!
Dan inilah jawapan yang akan terus aku suapkan pada hati ini.

Jika dilihat daripada perspektif yang berbeza,
Masih ramai diluar sana yang memerlukan khidmat doktor.
Masih ramai diluar sana yang mengharapkan insan yang mampu menjadi asbab sembuhnya penyakit mereka.
Bukan mereka tidak tahu yang menyembuhkan adalah Tuhan.
Tapi mereka inginkan insan-insan yang ada kemampuan untuk berusaha menolong sedaya mampu secara langsung.
Kemudian bertawakal.
"Being a doctor is not about getting rich nor a beautiful wife.Its about helping others.Its about sacrificing what is yours for them.Its about contributing to society.Its about believing in God's power.Its about passion and altruism.Life as a doctor teaches us about life and how grateful we should be."
Bagi aku.
Profesion sebagai seorang doktor mampu mengajar aku tentang erti hidup.
"Dan manusia hanya memperoleh apa yang diusahakannya"-(53:39)

notakaki : hari ini mungkin hari mereka,esok lusa tak mustahil kita.

Jan 9, 2012

Muhasabah.

18 tahun berlalu pergi.
Satu tempoh yang panjang.

Namun,rasa seperti hanya seketika.

Kadang-kadang,hati ini tertanya-tanya.
Adakah 18 tahun itu memberi seribu erti?
Adakah 18 tahun itu sempurna diri ini melaksanakan suruhan sebagai hamba abdi?
Adakah 18 tahun itu cukup untuk berhenti dan berlalu pergi?

Hati ini masih tertanya-tanya.

18 tahun berlalu pergi.
Hilang dan tidak akan kembali.

Namun hati ini belum lagi terasa diisi.
Masih kosong.
Sayang.

Hati ini masih menuntut jawapan.

Tidak dinafikan,18 tahun itu penuh dengan emosi dan perasaan.
Suka.
Kecewa.
Gembira.
Duka.

Itu lumrah kehidupan.
Tapi adakah kehidupan selama 18 tahun itu mendapat redha Tuhan?

Hati ini masih tertanya-tanya.

Hidup ini tidak mudah.
Kita ada tanggungjawab.

Ya,KITA.

Tanggungjawab pada manusia.
Tanggungjawab pada semua.
Tapi yang terutama ialah tanggungjawab pada yang Maha Esa.

Jalan ke arahNya juga tidak mudah.
Penuh dugaan dan cabaran.

Tetapi kali ini jalan ini menjanjikan sesuatu yang berbeza.

Jalan ini terdapat ketenangan.
Jalan ini tidak mengecewakan.
Jalan ini mendapat redha Tuhan.
Jalan ini kita tidak akan keseorangan.
Jalan ini akan ada sentiasa yang mengingatkan.

Itu janji Sang Pencipta buat hambaNya.
Janji yang pasti.
Tidak mungkin dikhianati.
 "Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah..."-(3:103)
".....Barang siapa yang ingkar kepada Tagut (syaitan) dan beriman kepada Allah maka sungguh,dia telah berpegang (teguh) pada tali yang sangat kuat yang tidak akan putus..."-(2:256)
Menjadi seseorang yang beragama Islam bukan bermaksud kita beriman sepenuhnya dengan sekadar mengucapkan shahadah.
Shahadah itu ada hak-hak yang perlu ditunaikan.
Ada perintah dan suruhan yang perlu dilaksanakan.
Ada larangan yang perlu dipatuhi dan dijauhi.

Hidup ini penuh dengan pilihan.
Namun,hanya satu yang aku pinta dan harapkan.

Walaupun sukar untuk menunaikan hak-hak shahadah tersebut.
Walaupun sukar untuk menunaikan perintahNya.
Walaupun adakalanya hati ini hilang semangat.
Walaupun diri ini sering lalai dan lupa.

Jangan lepaskan 'tali' ini.
Tolong.

Sungguh Allah tidak lihat pada keputusannya kerana Dia yang menentukan segalanya.
Tapi Allah sentiasa memerhatikan usaha-usaha kita untuk ke JalanNya.
"Wahai orang-orang yang beriman ! Bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepadaNya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim"-(3:103)
andai kata yang biru itu merah.yang air itu api.dari syurga ke neraka.nauzubillah
Semoga Allah mengurniakan pengakhiran yang baik dalam hidup kita dan semoga kita terus tsabat dalam perjalanan menujuNya.

Seek Allah and insyaAllah we'll be like Kungfu Panda !
We'll find inner peace =).

notakaki 1: pernah dengar api di neraka berwarna hitam.amacam?
notakaki 2: aku harap tahun ke 19 ini lebih baik dari 18 tahun yang lalu.Semoga tahun ini adalah tahun terbaik kita!

Dec 24, 2011

Hitam Putih

Sebenarnya sudah lebih satu jam lebih aku menatap skrin komputer.
Kosong. Tidak tahu bagaimana harus aku mulakan bicara.

Sep 24, 2011

Patience

Every day we come across challenges and honestly to get through it is not that easy.Well,that is what life meant to be.
Unfortunately,some would just give up.They failed to find the solutions that could get them through it.
Some would even get mad and start cursing.They would blame everyone around them due to frustration.



These are the norm around us nowadays.We face problems,we fail,we get mad,we give up and we curse others to satisfy ourselves .

Here rise some questions.
Is it really their fault?Is it really that hard?Are we sure that they are no other ways to solve it?



As far as i know cursing will not solve our problem  and so does giving up.

Usually,we forgot that there are many other solutions.Only it is up to us to seek for it.Just a little bit deeper.Maybe we didn't look hard enough for answers (hey,nothing comes easy you've got to earn it). Or maybe it is actually our fault for giving up so fast.

How many of us seek for God (Allah) whenever we are in trouble
?Did we forget that it is Him who created everything?Did we forget that it is also Allah who would be the one that solve our problem?


Pray hard.Plead to Allah because it is Him who tested us with such difficulties because He want us to know that He is always there waiting for us to ask and pray.
It is the matter of time because He who knows what is best for us

 as there is no prayers unheard or unanswered.


"Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you.But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you.And Allah knows while you know not" (2:216)

The one who succeed would be the one who find the strength and will to move on.Be patient.InsyaAllah,everything would be just fine.



"O you who have believed,seek help through patience and prayer.Indeed, Allah is with the patient"(2:153)
"And we will surely test you with something of fear and hunger and a loss of wealth and lives and fruits, but give good tidings to the patient"(2:155) 
P/S:yea,most of us would pray and ask for help from God whenever we're in trouble (alhamdulillah) but how many of us would seek for Him when we are in wealth,happiness and etc?Let's strive to become better muslims!